ASSALAMU A'LAIKUM WARAHMATULLAH.. MUGA CERIA BAHAGIA DISAMPING YANG TERSAYANG DAN YANG TERCINTA..


Friday, 26 May 2017

Menghindari Perbuatan Yang Dilarang Allah

Bagaimana cara menghindari perbuatan yang di larang ALLAH?

Jawapan:

Setiap individu harus mempersiapkan diri dengan pengetahuan Islam agar jiwa dan hawa nafsu dapat dikendalikan dengan baik. Untuk melawan nafsu amarah dalam hati, orang mukmin hendaklah menilai dan menghisab diri serta tidak menuruti kemahuan-kemahuan hawa nafsu. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Orang yang pandai ialah orang yang mahu menilai nafsunya dan beramal untuk bekal kehidupan sesudah mati. Dan orang yang lemah ialah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan terhadap Allah (dengan angan-angan yang sia-sia}. (Riwayat Imam Ahmad) Diantara langkah awal yang perlu kita lakukan dalam menghindari perbuatan yang dilarang Allah adalah dengan mengawal dan mengendalikan hawa nafsu. Disamping itu perlu ditanam kesungguhan hati dalam membenci kemaksiatan. Diantara langkah yang ditempuh iaitu: Melepaskan hati dari dosa. Dosa ini timbul oleh beberapa sebab diantaranya kerana kebodohan, kelalaian dan hawa nafsu.

Setelah menyedari akan hakikat diri sendiri dan gangguan yang sentiasa datang maka segera bertaubat kepada  Allah, kerana dengan bertaubat sahaja segala perbuatan yang dilarang oleh Allah dapat kita hindarkan.

Kesimpulannya diantara langkah yang harus ditempuh untuk menghindarkan diri dari perbuatan maksiat ialah dengan muhasabah diri, mengendalikan hawa nafsu, membenci kemaksiatan dengan sungguh-sungguh, melengkapi diri dengan pengetahuan Islam, dan bertaubat dengan sungguh-sungguh serta bertaqqarrub (mendekatkan diri kepada Allah).

Wallahu A'lam


No comments: