Soalan:
Saya telah bergaduh dengan ibu saya tentang ketidakpuasan hati saya terhadap ibu saya selama ini. Ibu saya ini boleh dikatakan mata duitan dan berat sebelah dalam membahagikan kasih-sayangnya terhadap saya (terutama saya krn saya disangkakan adalah anak emas ayah saya pada pandangan ibu saya namun saya rasa tidak krn ayah saya tidak membeza-beza anak-anaknya, semuanya sama rata saja ). Namun ibu saya tidak puashati dan selalu membeza-bezakan saya, ibu saya lebih kasihkan kakak saya nombor-2 dan juga nombor 4 serta kakak nombor 1 tapi berlainan ayah (dulu ibu saya kahwin 2x dan mempunyai anak lama sebanyak dua orang, dan pada masa kini ayah saya adalah suami keduanya sehingga sekarang ).
Masalahnya, setelah saya bergaduh dengan ibu saya, saya tidak menegur ibu saya sampailah kini krn saya sakit hati dengannya dan apakah status saya sekarang ini, sedangkan saya bingung yang mana satu harus saya utamakan ibu saya ataupun ayah saya, saya kasihan ibu saya tapi saya lebih kasihankan ayah saya kerana dialah tempat saya mencurahkan segala masalah saya pada masa dulu.
Malahan ketika perkahwinan saya baru-baru ini, ayah saya dan kakak tua saya serta abang sayalah yang bermatian menguruskan segala persediaan perkahwinan sehingga perkahwinan saya hampir tidak menjadi disebabkan ibu saya mata duitan. Walaupun ketika itu saya ada melihat ayah dan kakak saya menangis disebabkan hal ibu saya, saya hanya berserah kepada Allah s.w.t. saja untuk menentukan segala-galanya. Namun berkat kesabaran ayah dan kakak saya, mereka teruskan jua dan akhirnya berlangsung jua perkahwinan tersebut dan saya bersyukur ke hadrat illahi krn ayah saya sanggup melaksanakan kewajipannya walaupun hatinya pedih mengenangkan sikap ibu saya selama ini.
Maka, apa yang menjadi tanda tanya saya, adakah saya berdosa terhadap ibu saya krn situasi begini saja? Dan saya sekarang masih lagi menjaga ayah saya yang sedang sakit kerana ibu saya tidak mempedulikan ia lagi, bagi ibu saya dia menganggap yang ayah saya hanyalah sebagai beban kepadanya sedangkan ayah masih ketua rumah cuma kerana penyakitnya itu saja yang menjadi penghalang kpdnya. Dan manakah yang harus saya utamakan samada ibu, ayah ataupun suami saya . Setahu saya, sebagai anak perempuan yang telah berkahwin maka saya bukan lagi tanggungan orang tua saya namun adakah saya dianggap derhaka terhadap ibu saya krn tidak menegurnya sedang perkara bergaduh mulut itu berlaku ketika saya telah bersuami dan suami saya juga mengetahui.
Jawapan:
Menuduh ibu sendiri sebagai mata duitan merupakan dosa besar. Jika ungkapan ini dilemparkan secara langsung dihadapannya sudah pasti akan mengguriskan hati dan perasaannya. Menyakiti hati ibu merupakan kederhakaan yang paling besar setelah musyrik kepada Allah. Apatah lagi tidak menegur ibu sendiri lantaran sikapnya yang tidak sesuai dengan kita maka dosanya bertambah-tambah besar. Di dalam Islam jika ibu kita seorang yang kafir sekalipun kita tidak dibenarkan untuk menyakiti hatinya bahkan disuruh berbuat baik dengannya dan melayannya dengan cara yang baik pula.
Bertaubatlah kepada Allah dengan segera minta maaf kepada ibu anda, kerana jika ibu anda tidak redha dan tidak memaafkan anda, maka akan melenyapkan rahmat Allah terhadap anda. Jika ini yang terjadi dikhuatirkan anda akan menjadi insan yang menyesal berpanjangan. Tentang keperibadian ibu terhadap ayah anda dan terhadap diri anda sendiri biarlah menjadi tanggungannya, namun sebagai seorang anak tetap wajib melayan ibu dengan cara yang baik.
Sentiasalah berbuat baik kepada ibu meskipun ia tidak melayani sesuai dengan hati dan nurani kita. Jangan balas kekerasan sikap ibu dengan kekerasan juga tetapi balaslah kekerasannya dengan kelembutan agar hatinya menjadi lembut dan menyayangi anda. Layanlah ayah anda yang sakit itu dengan cara yang baik sesuai dengan kemampuan dan mintalah pengertian dan pertolongan suami dalam menghadapi masalah anda ini agar ia memahaminya dan tidak merasa keberatan atas sikap anda yang menyempatkan diri untuk membantu dan menolong ayah. Sebab keredhaan suami terhadap isteri sangat penting bagi memperoleh keredhaan Allah SWT.
Menafakuri.. Dosa Ada Di Mana Mana..
Kelemahan jiwa kita sebagai manusia, kadangkala menjebak kita dalam perbuatan dosa yang sama hingga berkali kali.. Kita tidak berhak menunda nunda taubat, dengan berpegang pada kemurahan Allah, rahmat dan ampunan Allah. Allah memang Maha Pemurah, tetapi Allah juga Maha Perkasa, Maha Hebat siksa Nya. Kita harus sedar, bahawa maut boleh menjemput kita bila bila masa sahaja.

Friday, 26 May 2017
Menyimpan Patung Permainan
Soalan:
Apakah pandangan Islam mengenai orang Islam yang menyimpan patung-patung permainan atau gambar- gambar bernyawa
Jawapan:
Mengenai menyimpan gambar bernyawa di dalam rumah dalam sebuah hadith disebutkan. Daripada Aisyah ra. menceritakan bahawa pernah ia membeli sebuah bantal yang bersulamkan gambar (makhluk hidup), sewaktu Rasulullah SAW melihatnya baginda berdiri di pintu (tidak mahu masuk ke dalam rumah) dan wajah baginda berubah (menandakan kurang senang).
Melihat wajah Rasulullah SAW berubah, Aisyah bertanya: "Apakah dosaku ya Rasulullah, beritahulah kepadaku, sekarang juga aku akan bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya". Kemudian Rasulullah SAW bertanya kepada Aisyah: "Bantal apa ini ya Aisyah?" Aisyah menjawab: "Aku belikan untuk baginda tidur atau duduk di atasnya". Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya orang yang membuat gambar ini kelak akan diseksa di hari kiamat dan diperintahkan supaya dihidupkannya (diberi roh). Sesungguhnya rumah yang ada gambar, malaikat tidak masuk ke dalamnya". (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Mengenai patung permainan dalam sebuah hadis diterangkan; Aisyah berkata: "Suatu ketika sedang kami (Aisyah bersama kawan wanitanya) bermain-main dengan anak patung, Rasulullah SAW masuk ke dalam rumah, kawan-kawanku lantaran merasa segan dengan baginda merekapun menyembunyikan diri. Melihat sikap kawan-kawanku itu, maka Rasulullah SAW pun menyuruh mereka keluar daripada tempat persembunyian dan bermain kembali". (Riwayat Bukhari)
Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Nasa'i pula Aisyah menceritakan bahawa ketika ia melihat Rasulullah SAW baru pulang daripada peperangan (Tabuk dan Khaibar), ketika itu ia sedang bermain dengan patung-patung mainan. Ia juga segera menutup anak patung itu dengan kain. Tiba-tiba Rasulullah menyingkapnya dan bertanya: "Apa ini ya Aisyah ?' Aisyah menjawab: "Anak-anak saya (mainan saya). Patung mainan itu adalah gambar kuda bersayap". Rasulullah SAW bertanya lagi: "Kuda bersayap?" Aisyah menjawab: "Apakah baginda tidak pernah mendengar bahawa nabi Sulaiman as. mempunyai kuda bersayap?" Mendengar jawapan itu Rasulullah SAW ketawa.
Banyak lagi hadith-hadith yang menjelaskan tentang gambar bernyawa dan patung-patung untuk mainan ini, namun disini dapat disimpulkan diantara sebab gambar itu dilarang atau diharamkan, kerana menyerupai ciptaan Allah dan pembuatnya dituntut memberi roh atau nyawa serta di akhirat di azab di dalam neraka, yang menyerupai patung berhala, malaikat benci dan tidak masuk ke dalam rumah yang ada gambar, gambar yang sempurna rupanya (berlembaga), diletakkan di tempat yang hormat dan tujuan menghormati dan untuk dijadikan kenangan dan dihormati.
Sedangkan gambar-gambar yang diharuskan antara lain; gambar pemandangan makhluk yang tidak bernyawa, gambar yang tidak sempurna sifat dan tidak berlembaga dan tanpa niat menghormatinya, tidak dihormati, bertujuan pendidikan, gambar mainan kanak-kanak.
Disini kami sertakan juga pandangan beberapa ahli. Diantaranya Imam Nawawi berpendapat; "Adapun gambar yang digantung pada dinding atau gambar pada kain, pakaian seperti serban, baju dan sebagainya yang dikira benda yang tidak dilasak atau dihormati, sekiranya gambar itu makhluk bernyawa dan sempurna bentuk rupanya, mempunyai bayang seperti lembaga patung atau tidak berbayang seperti yang dilukis di kain, dinding dan lain-lain, semuanya di hukum haram. Kecuali sekiranya gambar makhluk bernyawa itu didapati terletak atau terlukis atau terukir pada pada tempat yang tidak dihormati, seperti di lantai, di tikar, di tempat duduk atau tempat pijak, dibantal atau tilam dan lain-lain tempat yang seumpamanya, maka tidaklah dihukum haram."
Menurut Ibnu Arabi; segala gambar yang mempunyai bayang (berlembaga) ijmak ulama telah mengharamkannya. Dilarang atau haram hukumnya sekiranya gambar itu berbentuk sempurna, tetapi kalau terpotong kepala atau terpisah anggotanya hukumnya harus atau boleh. Harus hukumnya jika tanpa maksud menghormati dan mengagung-agungkannya yakni tidak digantung di dinding. Kalau di gantung di dinding hukumnya haram, kerana menunjukkan maksud menghormati dan mengagungkannya. Ibnu Arabi juga menyebut bahawa telah ijmak ulamak mengharamkan gambar patung-patung, tetapi jumhur ulamak mengharuskan (membolehkan) patung-patung mainan kanak-kanak".

Hukum Memelihara Burung
Soalan:
Apakah hukum membela burung?
Jawapan:
Menurut Ahmad Ibni Muhammad, terdapatnya banyak taman-taman binatang atau zoo merupakan salah satu daripada tanda-tanda kiamat dan menunjukkan bahawa kiamat begitu hampir sekali. Firman Allah SWT maksudnya: "Dan apabila binatang liar dikumpulkan". (surah At Takwir ayat 5) Di dalam zoo berjenis-jenis binatang liar dan bebas dikumpulkan di satu tempat yang dikhaskan untuk tujuan itu, sedangkan sebenarnya perbuatan seumpama itu adalah haram di sisi syarak kerana beberapa sebab:
1. Mengurung binatang-binatang tersebut dalam sangkar seolah-olah menyeksanya dan menyekat kebebasan yang tidak sesuai dengan fitrahnya tanpa sebab-sebab syar'iyah.
2. Diantara binatang-binatang itu ada binatang yang kotor dan keji yang wajib dibunuh bila berjumpa dengannya. Maka sudah tentu tidak layak kita memeliharanya.
3. Kos penjagaan binatang-binatang tersebut terpaksa dikeluarkan setiap hari. Jika segala perbelanjaan itu disedekahkan kepada orang miskin beserta keluarga mereka, sudah pasti segala hajat mereka itu akan terpenuhi.
4. Mensia-sia harta adalah ditegah oleh syarak.

Marah Dan Mengutuk Ibu Dalam Hati
Soalan:
Adakah berdosa jika menyimpan rasa marah pada ibu sendiri dan mengutuk ibu dalam hati tapi saya masih menghormati ibu dan tidak melawan kata-katanya. Sekian, terima kasih. Wassalam?
Jawapan:
Derhaka kepada kedua orang tua ialah berbuat sesuatu yang menyakiti perasaan keduanya atau melawan perintahnya dan juga melanggar nasihat-nasihatnya. Menyimpan rasa marah dan mengutuk ibu dalam hati juga termasuk didalam dosa kepada ibu atau bapa, kerana ia sama dengan membenci mereka, perkara ini jelas termasuk dalam dosa besar. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT iaitu: Seseorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berupaya menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berupaya agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan melalui hasutan-hasutannya." (HR. Ad Dailami daripada Umar ra) Tidak layaklah menyimpan rasa marah dan benci terhadap ibu, segeralah bertaubat dengan mohon kemaafan kepadanya agar kehidupan memperoleh berkat dan rahmat daripada Allah SWT.

Beribadah Namun Masih Mengerjakan Maksiat
Soalan:
Saya ingin bertanya .. Mengapa dan kenapa dan di mana salah dan silapnya seseorang yang melalukan kemungkaran atau maksiat, sedangkan seseorang itu mengerjakan perintah Allah seperti sembahyang, membaca Al-Quran dan amalan2 yang di pandang mulia di sisi Allah S.W.T. Di harap dan semoga tuan dapat memberi pandangan serta pendapat tentang kemusykilan saya ini..
Jawapan:
Allah SWT menentukan cara beribadah bagi manusia sesuai dengan unsur kejadian kita yang terdiri daripada unsur jasmani dan rohani. Mungkin setiap individu mampu dalam mengerjakan amal ibadah secara umum (nampak dari segi lahiriah) namun tidak mampu menyertakan hati (khusyuk) ketika mengerjakan ibadah tersebut. Secara jelas Allah SWT terangkan dalam surah Al Ankabut ayat 45 maksudnya: "Dan dirikan olehmu akan solat, sesungguhnya solat itu mencegah kamu daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar".
Jika kita lihat seseorang itu mengerjakan solat namun masa yang sama juga melakukan perbuatan mungkar, ini membuktikan bahawa solat yang dikerjakan itu hanya sekedar melakukan amalan jasmaniah, sedangkan roh solat itu tidak meresap dalam ibadahnya. Ingatlah, jangan sampai kita mengerjakan solat hanya sekadar melepaskan batuk ditangga iaitu seperti solat orang-orang munafik. Tentang hal ini Allah SWT berfirman maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Bila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia. Dan mereka tidaklah mengingat Allah kecuali sedikit sekali".
Begitu juga dalam amal ibadah yang lain seperti membaca Al Quran dan sebagainya. Jika seseorang itu memahami segala yang dibacanya, pastilah ia akan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah kerana rasa takut dan takwa. Seandainya tidak ada perubahan keperibadian terhadap pembacanya bermakna bacaannya tidak menimbulkan apa-apa kesan yang positif, bererti amalannya hanya bersifat lahirah sahaja.
Untuk memperolehi roh ibadah yang sempurna agar segala amalan yang kita lakukan memberi kesan kepada akhlak dan keperibadian, hendaklah melengkapi dengan ilmu pengetahuan agama yang betul dan sempurna, bukan sekadar ikut-ikutan tanpa dasar yang kukuh. Dengan demikian barulah ibadah kita dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.

Menghindari Perbuatan Yang Dilarang Allah
Bagaimana cara menghindari perbuatan yang di larang ALLAH?
Jawapan:
Setiap individu harus mempersiapkan diri dengan pengetahuan Islam agar jiwa dan hawa nafsu dapat dikendalikan dengan baik. Untuk melawan nafsu amarah dalam hati, orang mukmin hendaklah menilai dan menghisab diri serta tidak menuruti kemahuan-kemahuan hawa nafsu. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Orang yang pandai ialah orang yang mahu menilai nafsunya dan beramal untuk bekal kehidupan sesudah mati. Dan orang yang lemah ialah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan terhadap Allah (dengan angan-angan yang sia-sia}. (Riwayat Imam Ahmad) Diantara langkah awal yang perlu kita lakukan dalam menghindari perbuatan yang dilarang Allah adalah dengan mengawal dan mengendalikan hawa nafsu. Disamping itu perlu ditanam kesungguhan hati dalam membenci kemaksiatan. Diantara langkah yang ditempuh iaitu: Melepaskan hati dari dosa. Dosa ini timbul oleh beberapa sebab diantaranya kerana kebodohan, kelalaian dan hawa nafsu.
Setelah menyedari akan hakikat diri sendiri dan gangguan yang sentiasa datang maka segera bertaubat kepada Allah, kerana dengan bertaubat sahaja segala perbuatan yang dilarang oleh Allah dapat kita hindarkan.
Kesimpulannya diantara langkah yang harus ditempuh untuk menghindarkan diri dari perbuatan maksiat ialah dengan muhasabah diri, mengendalikan hawa nafsu, membenci kemaksiatan dengan sungguh-sungguh, melengkapi diri dengan pengetahuan Islam, dan bertaubat dengan sungguh-sungguh serta bertaqqarrub (mendekatkan diri kepada Allah).
Wallahu A'lam

Makan Makanan yang Tidak Disembelih Cara Islam
Soalan:
Saya bekerja dikapal yang belayar diserata dunia. Makanan daging dan ayam dikapal tidak disembelih secara islam ,kerana pelabuhan yang disinggahi adalah negara yang tidak langsung ada daging yang halal. Kapal terpaksa membeli kerana pelayaran kami dilautan memakan masa berbulan bulan dan pelabuhan berikutnya tidak juga memungkinkan mendapat makanan daging halal. Bagaimanakah hukum orang islam yang terpaksa makan daging yang tidak disembelih itu. Makanan lain saperti sayur dan ikan adalah terhad dan tiada bekalan yang mencukupi?
Jawapan:
Memakan makanan yang tidak disembelih hukumnya sama dengan memakan bangkai, sedangkan memakan bangkai itu hukumnya haram. Kecuali dalam keadaan darurat maka makanan yang haram tadi hukumnya harus untuk dimakan. Yang dimaksudkan dengan darurat disini seperti dalam berjuang, menempuh perjalanan yang panjang serta dalam keadaan lain yang bukan bertujuan untuk berbuat maksiat. Namun dalam masalah pekerjaan bukanlah termasuk dalam kategori darurat, kerana masih banyak pekerjaan lain yang dapat menyelamatkan diri kita daripada memakan yang tidak disembelih cara Islam. Kecualilah tidak ada pilihan lain, dan itu satu-satunya pekerjaan yang ada, namun begitu kita dituntut merasa tidak redha memakan benda yang haram tadi.
Berusahalah untuk membetulkan kehidupan ke jalan yang benar dan diredhai Allah, kerana makanan yang kita makan itu akan menjadi darah daging. Jika ia terdiri dari makanan yang haram sudah tentu akan menimbulkan mudarat dalam diri kita bahkan di akhirat kelak akan dicuci dengan api neraka. Oleh sebab itu sebelum ia berlarutan berusahalah untuk menghindarinya agar kehidupan kita diberkati Allah di dunia dan akhirat, insya Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)